Festival Jom! Kamboh (PI Zone Event)
14 Disember 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 13 Disember yang lalu, PI zon miri iaitu PI Kg. Luak, PI Bekenu dan PI Niah, Suai telah mengadakan Festival Jom! Kamboh buat pertama kalinya yang bertempat di Dewan Masyarakat bekenu. Festival ini juga disertai oleh semua lapisan masyarakat. Festival ini diadakan seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 5 petang. Pengurus dan Penolong Pengurus PI Kg. Luak dibantu oleh para pengurus dan penolong pengurus dari PI Bekenu dan Niah, Suai juga dibantu oleh sepuluh orang sukarelawan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa hari tersebut adalah pendaftaran keahlian percuma PI, pameran daripada agensi-agensi tempatan, pelbagai pertandingan dan juga cabutan bertuah. Antara pertandingan yang diadakan ialah zumba, andaman, anyaman, gubahan dan merekacipta. Tujuan festival ini diadakan adalah untuk menjalinkan kerjasama antara PI dengan agensi-agensi yang terlibat dan juga mempromosikan PI kepada masyarakat. Secara tidak langsung, dapat mengeratkan silaturrahim antara staf PI dan masyarakat. Selain itu, aktiviti diadakan untuk memberi maklumat dan perkembangan ICT kepada masyarakat. Festival Jom! Kamboh mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: